Friday 3 February 2012

SOLAT MASBUK WA MUAFIK....ape itu???

Posted by HASMIRA NABILAH HASHIM at 03:13

Hari nie 03 FEBUARY 2012..mira pergi ke Diskusi Fardhu Ain yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) ... diskusi ini diadakan pada setiap hari Jumaat dan untuk sem ini ..ary nie baru lah first time mira berkesempatan untuk join diskusi... tajuk diskusi untuk minggu ini "SOLAT MASBUK & MUAFIK"...sebelum ni mira tak pernah lagi dengar pasal solat-solat nie...APA ITU SOLAT MASBUK & MUAFIK??

SOLAT MASBUK :Ma'mum yang tidak sempat berjemaah semasa imam masih berdiri dan sekadar membaca alfatihah dengan bacaan separuh saje,tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.Ia boleh berlaku ke atas seseorang ma'mum kepada empat rakaat samaada pada rakaat pertama,rakaat kedua,rakaat ketiga,dan seterusnyer pada rakaat keempat.CONTOH;Seseorang itu menyertai jemaah ketika imam selesai membaca surah alfatihah dan belum sempat dia menghabiskan fatihahnya imam dah mula rukuk, ma'mum sempat membaca separuh daripada surah al fatihah tersebut maka ma'mum hendaklah menghabiskannya dan jika belum separuh daripada surah al fatihah tersebut maka ma'mum hendaklah terus rukuk bersama imam bagi mendapatkan rakaat tersebut.

SOLAT MUAFIK:Seorang ma'mum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnyer dimana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan dia membaca al fatihah sehingga tamat.Ma'mum berkenaan akan mendapat rakaat itu selagi tidak ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.

Ini merupakan sebahagian daripada apa yang ustazah sampai kan di diskusi tengah hari takdi..ALHAMDULLILLAH...selain daripada itu ustazah ade selit kan beberapa tips kepada orang2 yang susah nak khusyuk dalam solat nyer...


SUSAH UNTUK KHUSYUK DALAM SOLAT.

1.kuatkankan sedikit suara hingga terdengar ditelinga sendiri
2.pandang ke tempat sujud.
3.lupakan urusan dunia,
4.ketika tahiyyat mata tertumpu pada hujung jari telunjuk.

Ustazah juga ade tekan kan satu perkara iaitu solat di akhir waktu ..ALLAH akan amik pahala solat nyer tetapi akan dilemparkan kembali .Celaka lah keatas orang yang solat. So pengajaran yer janganlah lengah-lengahkan solat...

Nie semua adalah note yang mira sempat catat ketika diskusi...semoga mendapat manfaat dari nyer..INSYAALLAH!!

0 comments:

Post a Comment

 

MY STORY Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea